Cart 0

5 Keburukan Tablet kepada Kanak-kanak

5 Keburukan Tablet kepada Kanak-kanak

📌 Tiada motor skill dan sensory skill yang sebenar. 

Anak-anak zaman dulu main kejar-kejar, panjat pokok, batu seremban dan baling selipar. 

Anak zaman sekarang dapat sentuh pokok, rumput, pasir dekat skrin tablet je. Mereka tak dapat rasa, bau dan sentuh benda yang sebenar. 



📌 Ketagih dengan game. 

Anak umur 2-3 tahun pun dah pandai main game bila hari-hari disuakan dengan tablet. Malah lebih hebat dari ibu bapanya sendiri. 

Bila dah ketagih minta buat benda lain semua tak nak. 



📌 Boleh menyebabkan rabun. 

Orang dulu-dulu tak bagi anak baca buku dalam gelap. Anak sekarang dapat terlebih cahaya dari skrin tablet sampai boleh rabun. 

Kesian bila tengok anak-anak tadika dah bercermin mata. 



📌 Mengganggu tidur anak. 

Cahaya pada skrin mengurangkan rembesan hormon tidur. Ia juga merangsang mata dan otak anak supaya lebih aktif. 

Sebab tu dah lewat malam pun anak tak mengantuk bila mengadap tablet. 



📌 Anak tidak pandai bersabar. 

Anak menangis disuakan tablet. Anak boring disuakan tablet. 

Tablet menyebabkan anak mendapat kepuasan segera. Bila lambat sikit nak dapat sesuatu mula la mengamuk.